Saturday 27 August 2016

Fair N White V’Asia

Product details
Product Description
Fair N White V’Asia

Fair N White V’Asia adalah campuran pati Blackcurrant dengan Kolagen dan Sarang Burung. Fair N White merupakan produk pencerahan berasaskan sarang burung yang berfungsi sebagai suplemen pencerahan kulit, pelindung uv dan awet muda.

Kandungan: 3 gm x 10 sachets
Khasiat Fair N White V’Asia

Membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.
Menyembuhkan radang kulit.
Melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik.
Melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus
Berfungsi sebagai tonik, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang dan menormalkan kadar gula darah, tekanan darah dan kolestrol.
Merupakan antioksidan yang baik untuk menghalang radikal bebas merosakkan kulit.
Mengatasi sembelit.

Kandungan Fair N White V’Asia

Sarang burung
Aloe vera
Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat
Biji anggur (Vitis Vinifera)
Psylium husk
Maltodextrin
Ekstrak tomato
Tricalcium prosphate
Vitamin C
Multivitamin
Acerola Cherry
Perisa blackcurrant

Cara Penggunaan Fair N White V’Asia

Tuangkan ke dalam mulut dan minum segelas air kosong atau jus buah – buahan.
Ambil 1 sachet setiap hari sebelum sarapan.
Perhatian : Simpan di tempat yang kering.

PEARL WHITE JAMU JELITA

Product details
Product Description
PEARL WHITE JAMU JELITA

Diformulasikan dengan kolagen yang telah dihidrolisiskan, ceri Acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu Pine yang mempunyai pelbagai khasiat, Pearl White Putih Mulus keluaran Jamu Jelita ini efektif untuk mencerah dan menganjalkan kulit wajah. Ia bebas dari kandungan lemak dan kaya dengan karbohidrat dan Vitamin C.

Shaker disertakan bersama.
KHASIAT PEARL WHITE JAMU JELITA

Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit
Mencerahkan kulit wajah
Menggebu dan menganjalkan kulit wajah
Menyihatkan lagi kulit wajah
Menghaluskan kulit wajah
Menyegarkan kulit
Melindungi kulit dari sinaran ultraungu


KANDUNGAN PEARL WHITE JAMU JELITA

Hydrolyzed Collagen: Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.
Glutawhite: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, bersisik, kering, dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.
Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.
3X Stem-Cell: Stem Cell adalah sel induk yang berfungsi untuk membentuk sel baru secara berterusan dan menggantikan fungsi dari sel-sel organ tubuh yang telah rosak.
Acerola Cherry: Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.
Pinebark: Mengikut kajian, kulit kayu dari pokok Pine ini sememangnya berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat di samping melembap dan meremajakan kulit wajah.
Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.
Astaxanthin: Bahan ini berperanan untuk merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu, di samping menjadi agen anti-oksida yang mampu mencegah daripada terkena penyakit.
Argan: Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok Argan dan sering didapati di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit.
Pearl: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.
Rose Alps: Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan segar.


CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE JAMU JELITA

Masukkan satu sudu Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 120 ml air.
Goncang shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut.
Untuk kesan nutrisi yang lebih optima, anda disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
Simpan di tempat yang kering.

PERFECT MAN V’ASIA


Product details
Product Description
PERFECT MAN V’ASIA

Perfect Man keluaran V’Asia merupakan hasil formulasi vitamin, mineral dan protein bersama kombinasi herba semulajadi seperti Tongkat Ali, Butea Superba, Tribulus Terrestris, Maca dan Saw Palmetto khusus untuk meningkatkan tahap tenaga dan kesihatan lelaki sejati.

Kandungan: 400 gm
KHASIAT PERFECT MAN V’ASIA

Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan jasmani
Merangsang tenaga dan keupayaan seksual
Membantu menambah saiz dan ukuran zakar
Membantu para suami agar tahan lebih lama apabila bersama isteri
Membantu mengatasi masalah kesuburan
Membantu merawat gangguan ereksi serta masalah ejakulasi pra-matang
Meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti
Menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat
Melambatkan proses penuaan
Membantu mengurangkan paras kolestrol seterusnya membantu memelihara sistem kardiovaskular
Memelihara dan menggalakkan fungsi organ dalaman
Meningkatkan tahap metabolisme tubuh
Membantu mengawal berat badan
Membina dan mengukuhkan otot dan tulang
Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu menentang serangan penyakit

KANDUNGAN PERFECT MAN V’ASIA

Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga seksual kaum lelaki di samping menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak di dalam tubuh, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
Butea Superba: Herba yang berasal dari Thailand ini mampu memelihara sistem kardiovaskular dan prostat di samping membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi, meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti serta meningkatkan fungsi dan keinginan seksual. Ia juga mengandungi flavonoid dan sterol yang bersifat antioksidan bagi mencegah radang dan kerosakan sel, manakala kandungan stigmasterol membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini telah digunakan selama 5 abad di China untuk melancarkan peredaran darah, membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan di samping membantu menggalakkan fungsi dan keinginan seksual.
Tribulus Terrestris: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal.
Passionfruit: Passionfruit atau buah Markisa kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Selain berperanan menyingkirkan toksin dan mengatasi masalah insomnia, buah markisa juga mampu membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga, manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren, cendawan, tomato dan limau. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah serangan penyakit mahupun kanser, di samping membantu menggalakkan fungsi buah pinggang dan mencegah penyakit batu karang. Ia juga menggalakkan penyerapan mineral yang baik untuk tubuh badan selain membantu merawat masalah kulit serta melambatkan proses penuaan.
Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengatasi masalah berat badan yang berlebihan.
Dekstros Monohidrat: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.
Kalsium Laktat: Kalsium laktat terhasil daripada asid laktik bersama kalsium karbonat atau kalsium hidroksida dan sering digunakan di dalam produk makanan tambahan. Ia berupaya mengatasi kekurangan kalsium di dalam tubuh badan yang amat penting untuk menguatkan tulang, gigi, otot dan tisu tubuh serta memelihara sistem saraf dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Protein Whey: Protein whey berasal dari susu lembu yang kaya dengan kandungan protein yang rendah lemak rendah kalori dan rendah karbohidrat serta bebas daripada laktosa dan berupaya menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam badan. Protein whey juga mengandungi asid amino yang mampu mengekalkan tisu yang sihat di samping melembap dan menghaluskan kulit. Selain itu, whey turut berkesan untuk membina otot dan membakar lemak dalam tubuh sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Ashwagandha: Herba yang digelar ginseng India ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan mental, mengatasi masalah tidur serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu menentang serangan penyakit. Ashwagandha juga berupaya meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung, mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan seksual dan menjana penghasilan sperma yang berkualiti.
Delima: Delima kaya dengan agen antioksidan dari sumber polifenol seperti anthocyanin, punicalagin, asid ellagik dan asid gallik yang bukan sahaja mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, malah turut berupaya menyingkirkan toksin, meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Di samping itu, buah delima turut berupaya melindungi tubuh daripada serangan kanser, mengurangkan paras kolestrol LDL yang tidak baik untuk kesihatan.
Kolagen Terhidrolisis: Kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit, selain meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan seterusnya membantu mengawal berat badan.
Garcinia Cambogia: Antara khasiat yang terkandung dalam buah Garcinia Cambogia adalah ia mampu mengekang pembinaan lemak dalam tubuh, mengurangkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya, mengurangkan tahap kolestrol, serta mampu menyihat dan mencantikkan kulit.
Horny Goat Weed (Epimedium Sagittatum): Herba ini sering digunakan bagi meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah pinggang.
Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang sering terdapat di pergunungan Andes di Peru. Di samping berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan fizikal, herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga mampu menguatkan tulang, meredakan tekanan serta menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi menentang jangkitan penyakit. Di samping itu, maca turut berupaya menstabilkan kandungan hormon, menggalakkan kesuburan, mengatasi simptom menopaus dan masalah kitaran haid yang tidak stabil bagi wanita serta membantu mengatasi masalah ereksi di samping membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual.
Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut dijadikan sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan di samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.

CARA PENGAMBILAN PERFECT MAN V’ASIA

Bancuh 2 sudu Perfect Man bersama 150 ml air kosong di dalam shaker yang disediakan.
Goncang sehingga larut.
Amalkan 15 minit sebelum sarapan pagi dan makan malam

Sexy White Jamu Jelita

Product details
Product Description
SEXY WHITE JAMU JELITA

Sexy White merupakan formulasi istimewa yang menggabungkan campuran herba asli bersama vitamin C untuk keanggunan dan keremajaan yang berpanjangan.

Kandungan: 400 gm

Ia kaya dengan khasiat Pueraria Mirifica, Pueraria Lobata, Kacip Fatimah dan Manjakani yang ternyata berkesan untuk membantu anda memiliki aset tubuh yang montok dan menawan di samping dapat memelihara kesihatan dalaman kaum wanita secara menyeluruh.
KHASIAT SEXY WHITE JAMU JELITA

Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
Mengekalkan keanggunan dan keremajaan dari dalam
Memelihara kecantikan kulit
Meningkatkan kecerahan kulit secara semulajadi
Membantu merawat masalah keputihan, ketegangan otot serta kitaran haid yang tidak stabil
Membantu mengecutkan tisu faraj
Membentuk bahagian payudara dan punggung yang lebih tegang dan montok
Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual para isteri
Membantu menganjal dan menegangkan kulit
Melambatkan proses penuaan
Membantu mengurangkan kanser rahim dan payudara
Meningkatkan tahap kesihatan kaum wanita secara menyeluruh

KANDUNGAN SEXY WHITE JAMU JELITA

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.
Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan kanser payudara.
Vitamin C: Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas.
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
Habbatussauda: Di samping memelihara kesihatan dalaman, Habbatussauda yang kaya dengan kandungan asid lemak seperti asid linolenic dan linoleic ini turut berupaya mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan kusam di samping membantu memperbaiki tekstur kulit, mengekalkan kehalusan kulit serta membantu menyerlahkan lagi keremajaan kulit.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita.
Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk mengetatkan otot faraj. Ia berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga mampu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.
Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit dan serangan kanser kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.

CARA PENGAMBILAN SEXY WHITE JAMU JELITA

Bancuh 2 sudu Sexy White bersama 150 ml air menggunakan shaker yang disediakan.
Goncang sehingga larut.
Amalkan sebelum/selepas sarapan pagi atau makan malam.
Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.

PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

  • Product details
    Product Description
    PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Protein Plus Weight Gainer sarat dengan kebaikan protein daripada sumber semulajadi yang berkesan untuk membantu membina otot bagi mereka yang ingin membina badan mahupun mendapatkan berat badan yang ideal. Sesuai buat lelaki dan wanita.

    Kandungan: 400 gm
    KHASIAT PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Membantu membina dan menguatkan otot
    Membantu anda memiliki berat badan yang seimbang
    Menggalakkan pertumbuhan tisu tubuh yang lebih sihat
    Mengekalkan tahap kecergasan yang optima
    Memperbaiki kerosakan tisu tubuh yang boleh berlaku ketika bersenam
    Menurunkan paras kolestrol bagi melindungi kesihatan organ dalaman
    Sesuai untuk lelaki dan wanita

    KANDUNGAN PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Protein Soya: Protein soya yang diekstrak daripada kacang soya bukan sahaja mampu mengurangkan risiko serangan kanser dan penyakit jantung, malah turut berupaya mengekalkan tisu tubuh yang sihat serta mengekalkan berat badan yang sihat dan seimbang.
    Protein Whey: Whey merupakan sejenis protein yang boleh ditemui di dalam susu lembu. Di samping bertindak menggalakkan pembakaran lemak, protein whey terbukti berkesan untuk membina otot serta menjana pertumbuhan tisu tubuh tanpa lemak.
    Koko: Koko kaya dengan khasiat daripada sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, mengurangkan risiko serangan penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh yang lebih sihat serta membekalkan tenaga tambahan untuk kecergasan yang optima.
    Lecithin Soya: Lecithin soya merupakan fosfolipid iaitu sejenis lemak yang terhasil daripada pemprosesan kacang soya. Selain berupaya menurunkan paras kolestrol dan memelihara organ hati, lecithin soya juga sering digunakan sebagai bahan pengawet bagi melarutkan ramuan di dalam produk makanan dan minuman.
    Lysine: Lysine merupakan sejenis asid amino yang terkandung di dalam kebanyakan jenis protein. Ia bertindak menggalakkan penyerapan kalsium di dalam tubuh badan di samping membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
    Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu tubuh yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta membantu mengurangkan sebarang kesakitan yang dialami.
    Vitamin C: Vitamin C atau asid askorbik merupakan antioksidan yang mampu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit di samping bertindak memperbaiki dan menggalakkan pertumbuhan tisu tubuh serta menjana penghasilan kolagen di dalam tubuh badan.
    Bahan Anti Gumpal: Bahan ini bertindak untuk mencegah penggumpalan isi kandungan produk ini.
    Bahan Pewarna: Bahan pewarna yang dibenarkan digunakan bagi menyerlahkan warna isi kandungan produk.
    Acesulfame K: Acesulfame K atau acesulfame potassium merupakan pengganti gula yang bebas daripada kalori selain bertindak sebagai bahan pengawet yang mampu melarutkan ramuan serta memanjangkan hayat sesuatu produk makanan dan minuman.
    Vitamin E:Vitamin E kaya dengan sifat antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh badan. Ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit, mengawal paras gula dalam darah serta memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah.
    Vitamin B1 (Thiamine Hydrochloride): Vitamin B1 yang sering terkandung di dalam daging dan sayur-sayuran ini dapat meningkatkan tahap kecergasan di samping membantu meredakan tekanan serta menukar gula dalam tubuh kepada tenaga, sekaligus menggalakkan fungsi organ dalaman.
    Vitamin B2 (Riboflavin): Riboflavin atau vitamin B2 tidak hanya mampu menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah jangkitan penyakit, malah ia turut bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan kanser serta memulih dan menggalakkan pertumbuhan sel tubuh yang sihat. Vitamin B2 juga merupakan antara nutrien yang penting untuk penghasilan sel darah merah seterusnya membantu memindahkan oksigen ke seluruh tubuh bagi menggalakkan fungsi tubuh dan organ dalaman.
    Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride): Vitamin B6 berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping berupaya menurunkan paras kolestrol serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
    Vitamin B12 (Cobalamin): Vitamin B12 boleh diperoleh dari sumber semulajadi seperti ikan, daging, telur dan produk tenusu serta penting untuk kesihatan tubuh badan. Di samping membantu melancarkan fungsi sistem saraf, vitamin B12 berupaya mengatasi masalah kekurangan sel darah merah, memelihara jantung dan kesihatan dalaman serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit.

    CARA PENGGUNAAN PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Bancuh 2 sudu Protein Plus Weight Gainer bersama 150ml air suam.
    Kacau atau goncang dengan shaker sehingga larut.

Advance White V’Asia

Product details
Product Description
Advance White V’Asia

Advance White sarat dengan khasiat dari sumber bahan semulajadi seperti anggur, ceri Acerola, dan tomato bagi membantu mencerahkan kulit di samping membantu memelihara kulit anda daripada kerosakan.
Khasiat Advance White V’Asia

Meningkatkan kecerahan kulit
Meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit
Mengekalkan kelembapan kulit
Membantu menegangkan kulit
Melambatkan proses penuaan kulit
Menyingkir toksin dari tubuh badan
Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
Mengawal kadar penghasilan minyak pada lapisan kulit
Membantu menyingkir cela pada kulit seperti jerawat, jeragat dan parut
Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV

Kandungan Advance White V’Asia

Anggur: Anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Kandungan vitamin B2-nya pula berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit di samping berupaya meningkatkan tahap tenaga serta membantu melancarkan peredaran darah.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama di dalam hidupan semulajadi yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit.
Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksida yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel, astaxanthin turut berupaya melambatkan proses penuaan kulit serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).
Tomato: Tomato terbukti mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
Sukralosa (Sucralose): Sukralosa merupakan pemanis tiruan yang tidak mengandungi sekaligus baik untuk mereka yang ingin menikmati makanan manis tanpa perlu bimbang akan peningkatan kalori dan berat badan.
Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkir kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
Kulit Kayu Pain (Pine Bark): Menurut kajian pakar, kulit kayu dari pokok Pain ini sememangnya berkesan untuk menyihatkan kulit serta meningkatkan kelembapan dan keremajaan kulit.
Ceri Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas daripada serangan bakteria yang merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang kerosakan sel dan proses penuaan kulit.
Lycopene: Lycopene merupakan sebatian organik yang tergolong dalam kumpulan karotenoid dan berfungsi sebagai pigmen merah yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia tinggi kandungan antioksida bagi mengukuhkan sel membran sekaligus membantu menyingkir toksin dan mengekalkan kandungan nutrien di dalam tubuh. Lycopene juga baik untuk kulit di mana ia membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari dan radiasi ultraviolet (UV) sekaligus mengekalkan keremajaan kulit.
Karotenoid: Tubuh kita menukarkan karotenoid yang diambil kepada vitamin A yang baik untuk kulit, di mana ia berperanan menyingkir sel kulit mati, mengekalkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan sebum atau minyak dalam lapisan kulit serta memperbaiki struktur dan tona kulit agar ia lebih halus dan sekata. Karotenoid juga kaya dengan antioksidan yang berupaya melambatkan proses penuaan kulit di samping mencegah serangan penyakit dan kanser, di samping membantu merawat kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari.
Beta-Karotene: Beta-karotene merupakan pigmen oren yang sering terkandung di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan seperti lobak, anggur, labu dan asparagus. Tubuh kita menukar beta-karotene yang diambil melalui pengambilan buah-buahan kepada vitamin A yang amat penting bagi melancarkan peredaran darah dan melindungi kulit daripada kanser kulit dan proses penuaan yang diakibatkan oleh pancaran radiasi ultraviolet. Beta-karotene turut tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko serangan kanser di samping membantu meningkatkan sistem imunisasi.
Dextrose Monohidrat: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.

Cara Penggunaan Advance White V’Asia

Bancuh 1 sudu Advance White bersama 120 ml air
Goncang menggunakan shaker yang disediakan sehingga larut
Ambil 15-30 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur untuk hasil yang optima

PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

Product details
Product Description
PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

Pearl White Fiber merupakan formulasi pelangsingan badan yang kaya dengan nutrien dari sumber semulajadi seperti teh hijau, oat, Garcinia Cambogia, Acai dan Psyllium. Di samping membantu menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan, Pearl White Fiber juga mampu menjadikan kulit anda tampil lebih cerah, muda dan berseri.

Kandungan: 400 gm
KHASIAT PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

Membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan
Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
Melancarkan proses penghadaman
Meningkatkan tahap metabolisme bagi menjana pembakaran lemak dan kalori
Menggalakkan rasa kenyang dan membantu mengawal selera makan
Mengatasi masalah perut buncit
Membentuk tubuh yang lebih ramping dan langsing
Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
Meningkatkan kecerahan kulit
Membantu mengatasi kulit yang bermasalah
Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah
Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
Menyingkirkan toksin yang menjejaskan tahap kesihatan

KANDUNGAN PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

Daun Senna: Daun Senna berfungsi sebagai julap semulajadi di mana ia mampu menyingkirkan toksin serta mengatasi masalah penghadaman dan sembelit, seterusnya membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan.
Inulin: Inulin atau polysaccharide merupakan rangkaian serat yang menggalakkan fungsi imunisasi, memelihara sistem kardiovaskular serta meningkatkan penyerapan mineral, zat besi, magnesium, kalsium dan zink ke dalam tubuh. Selain itu, inulin juga bertindak melancarkan proses penghadaman, menentang proses penuaan, membakar kalori serta membantu mengawal selera makan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan yang berlebihan.
Blackcurrant: Blackcurrant kaya dengan andungan vitamin C yang berupaya menyingkirkan toksin dan meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengawal dan mengurangkan berat badan. Malah, ia turut berupaya memelihara kelembapan dan keremajaan kulit anda.
Tricalcium Phosphate: Tricalcium phosphate merupakan sejenis garam kalsium semulajadi yang terhasil daripada sumber mineral. Ia bertindak membekalkan kandungan kalsium untuk tubuh badan bagi membantu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Acai: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel. Malah, ia juga mengandungi EFA, sejenis asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Ia juga tinggi kandungan vitamin C yang bertindak menyingkirkan toksin serta meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menggalakkan pembakaran lemak seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Garcinia Cambogia: Garcinia Cambogia mampu menghalang pembinaan lemak di dalam tubuh badan, mengurangkan tahap kolestrol, mengurangkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya serta memelihara kecantikan kulit anda.
Teh Hijau: Teh hijau dihasilkan daripada daun teh jenis Camellia Sinensis serta mampu meningkatkan tahap tenaga serta mengawal paras gula di dalam darah. Selain itu, daun teh yang bersifat antioksidan ini berupaya menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran kalori dan lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Biji Anggur: Biji anggur kaya dengan antioksidan dan antiradang yang ternyata berkesan untuk memelihara kecantikan dan keremajaan kulit. Malah, ia juga mengandungi enzim pancreatic lipase dan lipoprotein lipase yang mampu mengekang pengambilan kalori dan penyerapan lemak ke dalam tubuh badan sekaligus membantu mengawal berat badan.
Oat: Oat kaya dengan serat yang bertindak mengawal paras kolestrol, memelihara kesihatan jantung serta berkesan untuk tujuan penurunan berat badan di mana ia membantu mengawal selera makan dan menggalakkan rasa kenyang. Oat juga tinggi kandungan mangan dan fosforus yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu meningkatkan penyerapan vitamin ke dalam tubuh badan.
Isomaltooligosaccharide: Isomaltooligosaccharide merupakan rangkaian karbohidrat dan serat yang bertindak melancarkan proses penghadaman di samping menyerap kelembapan ke dalam tubuh badan.
Dextrose Monohydrate: Selain menambahkan rasa manis di dalam kandungan produk ini, sebatian organik yang turut dipanggil glukosa ini berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.
Vitamin C: Vitamin C atau asid askorbik tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Psyllium: Herba ini tinggi kandungan serat yang bertindak melancarkan proses penghadaman di samping membantu mengawal paras kolestrol bagi memelihara kesihatan jantung. Psyllium juga mampu mengawal selera makan dan meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak bagi menurunkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGAMBILAN PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

Bancuh 2 sudu Pearl White Fiber bersama 150 ml air kosong.
Goncang shaker atau kacau sehingga larut.
Amalkan 15 minit sebelum atau selepas makan tengahari atau malam.