Saturday 27 August 2016

PERFECT MAN V’ASIA


Product details
Product Description
PERFECT MAN V’ASIA

Perfect Man keluaran V’Asia merupakan hasil formulasi vitamin, mineral dan protein bersama kombinasi herba semulajadi seperti Tongkat Ali, Butea Superba, Tribulus Terrestris, Maca dan Saw Palmetto khusus untuk meningkatkan tahap tenaga dan kesihatan lelaki sejati.

Kandungan: 400 gm
KHASIAT PERFECT MAN V’ASIA

Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan jasmani
Merangsang tenaga dan keupayaan seksual
Membantu menambah saiz dan ukuran zakar
Membantu para suami agar tahan lebih lama apabila bersama isteri
Membantu mengatasi masalah kesuburan
Membantu merawat gangguan ereksi serta masalah ejakulasi pra-matang
Meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti
Menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat
Melambatkan proses penuaan
Membantu mengurangkan paras kolestrol seterusnya membantu memelihara sistem kardiovaskular
Memelihara dan menggalakkan fungsi organ dalaman
Meningkatkan tahap metabolisme tubuh
Membantu mengawal berat badan
Membina dan mengukuhkan otot dan tulang
Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu menentang serangan penyakit

KANDUNGAN PERFECT MAN V’ASIA

Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga seksual kaum lelaki di samping menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak di dalam tubuh, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
Butea Superba: Herba yang berasal dari Thailand ini mampu memelihara sistem kardiovaskular dan prostat di samping membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi, meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti serta meningkatkan fungsi dan keinginan seksual. Ia juga mengandungi flavonoid dan sterol yang bersifat antioksidan bagi mencegah radang dan kerosakan sel, manakala kandungan stigmasterol membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini telah digunakan selama 5 abad di China untuk melancarkan peredaran darah, membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan di samping membantu menggalakkan fungsi dan keinginan seksual.
Tribulus Terrestris: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal.
Passionfruit: Passionfruit atau buah Markisa kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Selain berperanan menyingkirkan toksin dan mengatasi masalah insomnia, buah markisa juga mampu membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga, manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren, cendawan, tomato dan limau. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah serangan penyakit mahupun kanser, di samping membantu menggalakkan fungsi buah pinggang dan mencegah penyakit batu karang. Ia juga menggalakkan penyerapan mineral yang baik untuk tubuh badan selain membantu merawat masalah kulit serta melambatkan proses penuaan.
Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengatasi masalah berat badan yang berlebihan.
Dekstros Monohidrat: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.
Kalsium Laktat: Kalsium laktat terhasil daripada asid laktik bersama kalsium karbonat atau kalsium hidroksida dan sering digunakan di dalam produk makanan tambahan. Ia berupaya mengatasi kekurangan kalsium di dalam tubuh badan yang amat penting untuk menguatkan tulang, gigi, otot dan tisu tubuh serta memelihara sistem saraf dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Protein Whey: Protein whey berasal dari susu lembu yang kaya dengan kandungan protein yang rendah lemak rendah kalori dan rendah karbohidrat serta bebas daripada laktosa dan berupaya menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam badan. Protein whey juga mengandungi asid amino yang mampu mengekalkan tisu yang sihat di samping melembap dan menghaluskan kulit. Selain itu, whey turut berkesan untuk membina otot dan membakar lemak dalam tubuh sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Ashwagandha: Herba yang digelar ginseng India ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan mental, mengatasi masalah tidur serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu menentang serangan penyakit. Ashwagandha juga berupaya meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung, mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan seksual dan menjana penghasilan sperma yang berkualiti.
Delima: Delima kaya dengan agen antioksidan dari sumber polifenol seperti anthocyanin, punicalagin, asid ellagik dan asid gallik yang bukan sahaja mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, malah turut berupaya menyingkirkan toksin, meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Di samping itu, buah delima turut berupaya melindungi tubuh daripada serangan kanser, mengurangkan paras kolestrol LDL yang tidak baik untuk kesihatan.
Kolagen Terhidrolisis: Kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit, selain meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan seterusnya membantu mengawal berat badan.
Garcinia Cambogia: Antara khasiat yang terkandung dalam buah Garcinia Cambogia adalah ia mampu mengekang pembinaan lemak dalam tubuh, mengurangkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya, mengurangkan tahap kolestrol, serta mampu menyihat dan mencantikkan kulit.
Horny Goat Weed (Epimedium Sagittatum): Herba ini sering digunakan bagi meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah pinggang.
Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang sering terdapat di pergunungan Andes di Peru. Di samping berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan fizikal, herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga mampu menguatkan tulang, meredakan tekanan serta menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi menentang jangkitan penyakit. Di samping itu, maca turut berupaya menstabilkan kandungan hormon, menggalakkan kesuburan, mengatasi simptom menopaus dan masalah kitaran haid yang tidak stabil bagi wanita serta membantu mengatasi masalah ereksi di samping membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual.
Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut dijadikan sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan di samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.

CARA PENGAMBILAN PERFECT MAN V’ASIA

Bancuh 2 sudu Perfect Man bersama 150 ml air kosong di dalam shaker yang disediakan.
Goncang sehingga larut.
Amalkan 15 minit sebelum sarapan pagi dan makan malam

No comments:

Post a Comment