Saturday 27 August 2016

PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

  • Product details
    Product Description
    PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Protein Plus Weight Gainer sarat dengan kebaikan protein daripada sumber semulajadi yang berkesan untuk membantu membina otot bagi mereka yang ingin membina badan mahupun mendapatkan berat badan yang ideal. Sesuai buat lelaki dan wanita.

    Kandungan: 400 gm
    KHASIAT PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Membantu membina dan menguatkan otot
    Membantu anda memiliki berat badan yang seimbang
    Menggalakkan pertumbuhan tisu tubuh yang lebih sihat
    Mengekalkan tahap kecergasan yang optima
    Memperbaiki kerosakan tisu tubuh yang boleh berlaku ketika bersenam
    Menurunkan paras kolestrol bagi melindungi kesihatan organ dalaman
    Sesuai untuk lelaki dan wanita

    KANDUNGAN PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Protein Soya: Protein soya yang diekstrak daripada kacang soya bukan sahaja mampu mengurangkan risiko serangan kanser dan penyakit jantung, malah turut berupaya mengekalkan tisu tubuh yang sihat serta mengekalkan berat badan yang sihat dan seimbang.
    Protein Whey: Whey merupakan sejenis protein yang boleh ditemui di dalam susu lembu. Di samping bertindak menggalakkan pembakaran lemak, protein whey terbukti berkesan untuk membina otot serta menjana pertumbuhan tisu tubuh tanpa lemak.
    Koko: Koko kaya dengan khasiat daripada sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, mengurangkan risiko serangan penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh yang lebih sihat serta membekalkan tenaga tambahan untuk kecergasan yang optima.
    Lecithin Soya: Lecithin soya merupakan fosfolipid iaitu sejenis lemak yang terhasil daripada pemprosesan kacang soya. Selain berupaya menurunkan paras kolestrol dan memelihara organ hati, lecithin soya juga sering digunakan sebagai bahan pengawet bagi melarutkan ramuan di dalam produk makanan dan minuman.
    Lysine: Lysine merupakan sejenis asid amino yang terkandung di dalam kebanyakan jenis protein. Ia bertindak menggalakkan penyerapan kalsium di dalam tubuh badan di samping membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
    Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu tubuh yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta membantu mengurangkan sebarang kesakitan yang dialami.
    Vitamin C: Vitamin C atau asid askorbik merupakan antioksidan yang mampu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit di samping bertindak memperbaiki dan menggalakkan pertumbuhan tisu tubuh serta menjana penghasilan kolagen di dalam tubuh badan.
    Bahan Anti Gumpal: Bahan ini bertindak untuk mencegah penggumpalan isi kandungan produk ini.
    Bahan Pewarna: Bahan pewarna yang dibenarkan digunakan bagi menyerlahkan warna isi kandungan produk.
    Acesulfame K: Acesulfame K atau acesulfame potassium merupakan pengganti gula yang bebas daripada kalori selain bertindak sebagai bahan pengawet yang mampu melarutkan ramuan serta memanjangkan hayat sesuatu produk makanan dan minuman.
    Vitamin E:Vitamin E kaya dengan sifat antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh badan. Ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit, mengawal paras gula dalam darah serta memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah.
    Vitamin B1 (Thiamine Hydrochloride): Vitamin B1 yang sering terkandung di dalam daging dan sayur-sayuran ini dapat meningkatkan tahap kecergasan di samping membantu meredakan tekanan serta menukar gula dalam tubuh kepada tenaga, sekaligus menggalakkan fungsi organ dalaman.
    Vitamin B2 (Riboflavin): Riboflavin atau vitamin B2 tidak hanya mampu menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah jangkitan penyakit, malah ia turut bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan kanser serta memulih dan menggalakkan pertumbuhan sel tubuh yang sihat. Vitamin B2 juga merupakan antara nutrien yang penting untuk penghasilan sel darah merah seterusnya membantu memindahkan oksigen ke seluruh tubuh bagi menggalakkan fungsi tubuh dan organ dalaman.
    Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride): Vitamin B6 berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping berupaya menurunkan paras kolestrol serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
    Vitamin B12 (Cobalamin): Vitamin B12 boleh diperoleh dari sumber semulajadi seperti ikan, daging, telur dan produk tenusu serta penting untuk kesihatan tubuh badan. Di samping membantu melancarkan fungsi sistem saraf, vitamin B12 berupaya mengatasi masalah kekurangan sel darah merah, memelihara jantung dan kesihatan dalaman serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit.

    CARA PENGGUNAAN PROTEIN PLUS WEIGHT GAINER V’ASIA

    Bancuh 2 sudu Protein Plus Weight Gainer bersama 150ml air suam.
    Kacau atau goncang dengan shaker sehingga larut.

No comments:

Post a Comment