Product details
Product Description
PERFECT MAN V’ASIA
Perfect Man keluaran V’Asia merupakan hasil formulasi vitamin, mineral
dan protein bersama kombinasi herba semulajadi seperti Tongkat Ali,
Butea Superba, Tribulus Terrestris, Maca dan Saw Palmetto khusus untuk
meningkatkan tahap tenaga dan kesihatan lelaki sejati.
Kandungan: 400 gm
KHASIAT PERFECT MAN V’ASIA
Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan jasmani
Merangsang tenaga dan keupayaan seksual
Membantu menambah saiz dan ukuran zakar
Membantu para suami agar tahan lebih lama apabila bersama isteri
Membantu mengatasi masalah kesuburan
Membantu merawat gangguan ereksi serta masalah ejakulasi pra-matang
Meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti
Menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat
Melambatkan proses penuaan
Membantu mengurangkan paras kolestrol seterusnya membantu memelihara sistem kardiovaskular
Memelihara dan menggalakkan fungsi organ dalaman
Meningkatkan tahap metabolisme tubuh
Membantu mengawal berat badan
Membina dan mengukuhkan otot dan tulang
Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu menentang serangan penyakit
KANDUNGAN PERFECT MAN V’ASIA
Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti
eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana
penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga
seksual kaum lelaki di samping menggalakkan penghasilan tisu testis dan
prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap
tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen antioksidan yang berfungsi
mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan
membakar lemak di dalam tubuh, melambatkan proses penuaan serta mengawal
tahap tekanan darah.
Butea Superba: Herba yang berasal dari
Thailand ini mampu memelihara sistem kardiovaskular dan prostat di
samping membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi,
meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti serta meningkatkan fungsi
dan keinginan seksual. Ia juga mengandungi flavonoid dan sterol yang
bersifat antioksidan bagi mencegah radang dan kerosakan sel, manakala
kandungan stigmasterol membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini telah
digunakan selama 5 abad di China untuk melancarkan peredaran darah,
membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Selain
itu, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan di samping
membantu menggalakkan fungsi dan keinginan seksual.
Tribulus
Terrestris: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam
perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon
testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum
lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih
sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga
fizikal.
Passionfruit: Passionfruit atau buah Markisa kaya
dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara
kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang
membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah
kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Selain berperanan
menyingkirkan toksin dan mengatasi masalah insomnia, buah markisa juga
mampu membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan
phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu menstabilkan
sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga, manakala
potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan
menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering
terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren, cendawan,
tomato dan limau. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi
meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah serangan penyakit mahupun
kanser, di samping membantu menggalakkan fungsi buah pinggang dan
mencegah penyakit batu karang. Ia juga menggalakkan penyerapan mineral
yang baik untuk tubuh badan selain membantu merawat masalah kulit serta
melambatkan proses penuaan.
Vitamin C: Vitamin C yang turut
dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan
sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan
menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal
bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses
penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan
metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh
seterusnya membantu mengatasi masalah berat badan yang berlebihan.
Dekstros Monohidrat: Selain menambah rasa manis pada makanan,
sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam
tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel
tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh
dan mencegah proses penuaan kulit.
Kalsium Laktat: Kalsium
laktat terhasil daripada asid laktik bersama kalsium karbonat atau
kalsium hidroksida dan sering digunakan di dalam produk makanan
tambahan. Ia berupaya mengatasi kekurangan kalsium di dalam tubuh badan
yang amat penting untuk menguatkan tulang, gigi, otot dan tisu tubuh
serta memelihara sistem saraf dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Protein Whey: Protein whey berasal dari susu lembu yang kaya dengan
kandungan protein yang rendah lemak rendah kalori dan rendah karbohidrat
serta bebas daripada laktosa dan berupaya menggalakkan pertumbuhan
semula sel dalam badan. Protein whey juga mengandungi asid amino yang
mampu mengekalkan tisu yang sihat di samping melembap dan menghaluskan
kulit. Selain itu, whey turut berkesan untuk membina otot dan membakar
lemak dalam tubuh sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang
berlebihan.
Ashwagandha: Herba yang digelar ginseng India ini
sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan
tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan mental,
mengatasi masalah tidur serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh
bagi membantu menentang serangan penyakit. Ashwagandha juga berupaya
meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung,
mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan
seksual dan menjana penghasilan sperma yang berkualiti.
Delima:
Delima kaya dengan agen antioksidan dari sumber polifenol seperti
anthocyanin, punicalagin, asid ellagik dan asid gallik yang bukan sahaja
mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit,
malah turut berupaya menyingkirkan toksin, meningkatkan metabolisme
serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu
mengurangkan berat badan yang berlebihan. Di samping itu, buah delima
turut berupaya melindungi tubuh daripada serangan kanser, mengurangkan
paras kolestrol LDL yang tidak baik untuk kesihatan.
Kolagen
Terhidrolisis: Kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah
melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan
air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan
kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan
kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan
keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada
kulit, selain meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan seterusnya
membantu mengawal berat badan.
Garcinia Cambogia: Antara khasiat
yang terkandung dalam buah Garcinia Cambogia adalah ia mampu mengekang
pembinaan lemak dalam tubuh, mengurangkan radikal bebas yang disebabkan
oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya, mengurangkan tahap
kolestrol, serta mampu menyihat dan mencantikkan kulit.
Horny
Goat Weed (Epimedium Sagittatum): Herba ini sering digunakan bagi
meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi
keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan
darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah
pinggang.
Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang sering
terdapat di pergunungan Andes di Peru. Di samping berupaya meningkatkan
tahap tenaga dan kecergasan fizikal, herba yang tinggi kandungan
antioksidan ini juga mampu menguatkan tulang, meredakan tekanan serta
menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi menentang jangkitan penyakit.
Di samping itu, maca turut berupaya menstabilkan kandungan hormon,
menggalakkan kesuburan, mengatasi simptom menopaus dan masalah kitaran
haid yang tidak stabil bagi wanita serta membantu mengatasi masalah
ereksi di samping membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual.
Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini
sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu
mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara
mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran
darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut dijadikan sebagai
penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan di
samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan
pertumbuhan otot.
CARA PENGAMBILAN PERFECT MAN V’ASIA
Bancuh 2 sudu Perfect Man bersama 150 ml air kosong di dalam shaker yang disediakan.
Goncang sehingga larut.
Amalkan 15 minit sebelum sarapan pagi dan makan malam